Jika anda antara ibu yang mengandung dalam jarak yang dekat pasti anda akan disarankan mengambil suntikan perancang keluarga. Lebih-lebih lagi jika anda berumur dalam pertengahan umur 27 hingga 35 tahun. Kenapa kita disarankan untuk mengambil suntikan ini? wajib/perlu kah kita mengambilnya dan apakah kesannya?
Dila antara ibu muda yang mengandung pada jarak dekat yang mana anak pertama lahir pada 19.02.2014 dan anak kedua lahir pada 23.07.2015. Untuk pengetahuan ibu-ibu, Dila hanya merancang sendiri untuk kehamilan yang kedua, tiada mengambil suntikan atau apa-apa ubat. Ada yang bertanya tak serik ke mengandung lagi? Yela bayangkan Dila antara wanita yang paling kuat mengalami morning sickness yang teruk sehingga di tahan wad disebabkan masalah hyperram/kekurangan air dalam badan.
Apabila Dila datang ke klinik desa untuk checkup monthly kebanyakan nurse suka mengingatkan mengenai kesan mengandung dalam jarak yang dekat, antaranya :
1) Rahim anda tidak mengecut dengan sempurna, ialah baru nak kecut dah kembang balik dan nurse sekarang bukannya mereka tak tahu cara berpantang zaman moden, ada yang tidak bertungku dengan sempurna, tidak memakai bengkung dan sebagainya, beza pada zaman ibu bapa kita dulu yang mana bila berpantang makanan pun mereka berpantang, kita? haaaaa tu belum kira makanan yang di makan semasa mengandung pula, haish pening teman memikiorkannya
2) Darah tidak mencukupi untuk kehamilan yang kedua dimana semasa bersalin anak pertama anda akan kehilangan darah yang banyak dan memerlukan masa yang lama untuk pulih, eh! mak saya dulu relek je mengandung setahun satu, haaa anda tanya mak anda bagaimana beliau berpantang dan makanan yang diambil semasa mengandung dan bandingkan dengan anda, pasti anda akan mendapat jawapannya.
3) Peratusan anak cacat/masalah genetik yang disebabkan ketidakcukupan zat di dalam badan anda kerana menyusukan anak pertama dan anda juga sebenarnya dalam proses membaikpulih tisu-tisu dalam badan yang mana jika tidak di jaga kesannya akan dirasai di kemudian hari.
4) Urat kembang, senang masuk angin di mana anda akan senang mengalami sengal-sengal badan, untuk menghilangkan atau mengurangkan masalah ini anda perlu berurut dan bertungku selalu, haish! dengan kekangan masa bagi wanita yang berkerja pasti menyebabkan anda malas ingin bertungku.
5) Kasih sayang yang terbelah dua, anak pertama kasih anda manakala anak kedua sayang anda, dua-dua masih kecil dan perlukan kasih sayang anda yang mencukupi, masa inilah tanggungjawab suami untuk membantu anda. Jika tidak di uruskan dengan betul boleh meroyan jiwa anda.
Maka tepuk dada tanya iman, adakah anda layak serta sanggup menghadap segala dugaan yang mendatang tanya rasa penyesalan? Sayangi diri dan keluarga anda, lupakan kata-kata nista jika itu hanya menjatuhkan anda, melahirkan umat nabi Muhammas s.a.w adalah pahala terbesar serta anugerah untuk anda, ambil yang positif buangkan yang negative.
Oh untuk pengetahuan semua, Dila juga dipaksa mengambil suntikan perancang mana kesannya sangat tidak bagus. Dulu period Dila regular, maksudnya kiraan sangat teratur tetapi selepas mengambil suntikan Dila mengalami masalah period seperti datang lambat, keluar dalam kuantiti yang sedikit dan sangat lama. Namun mungkin kesannya berlainan mengikut hormon badan masin-masing. Sila rujuk pakar untuk maklumat lanjut.
Assalammualaikum
#anakramaiituawesome!