Sebagai seorang isteri mana mungkin tiada rasa ingin menjadi ibu/emak/ummi/mama/mummy pada zuriat-zuriat yang bakal lahir. Dila rasa bila kita berkahwin niat utama juga adalah untuk memiliki anak-anak yang comel untuk mewariasi segala harta serta mendoakan kita dunia lain nanti namun di abad ini ramai suami isteri yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Adakah salah kita atau ke hendak Ilahi yang memerlukan kita untuk sentiasa bersyukur dan redha serta menjadi umat yang lebih sempurna di mata Nya.Kita sebagai ahli dunia serta masyarakat yang bertamadun jangan lah kita memperlekehkan mereka yang kurang bernasib baik tetapi mendoakan yang terbiak untuk mereka. Semoga Allah lebih merahmati mereka.
Saya mempunyai anak-anak syurga yang saya panggil Azhad dan Azhaan, kadang-kadang saya panggil abang dan adik, abi nya panggil upin dan ipin, adik beradik saya memanggil gelaran kintin dan dompot. Hahahaha macam-macam gelaran diberi tapi itu tak penting, yang penting adalah bagaimana kita menjaga mereka dan mengasihi mereka sehingga mereka pula menjadi seperti kita.
Di sini saya terpanggil untuk berkongsi kesan daripada memeluk anak-anak syurga :
Sebuah pelukan adalah bentuk afeksi yang paling efektif untuk mengekspesikan rasa kasih sayang kepada anak, jauh lebih efektif jika dibandingkan dengan memberi hadiah. Sebuah pelukan yang dilakukan dengan penuh kasih sayang akan memberi rasa aman dalam hati anak anda dan mempengaruhi anak anda untuk berkasih sayang sesama makhluk yang lain. Anak- anak yang mendapat pelukan dari ibu bapanya selalunya mempunyai rasa jadi diri yang tinggi dan lebih bersemangat.
Selain itu ianya dapat menyihatkan tubuh badan anak-anak serta mendorong anak-anak lebih mendengar kata berbanding nasihat. Jangan sesekali kita memarahi anak tanpa sebab ini akan memberi kesan negatif kepada anak anda di dalam diri mereka dan boleh membawa kepada gejala sosial yang menakutkan.
Jika anak anda tidak tenteram, selalu memarahi anda serta sentiasa memberontak, peluklah anak anda serta berikan kata-kata perangsang serta beritahu kepada anak anda yang anda sentiasa ada untuk mendengar setiap masalah mereka. Jangan tengking atau menambah rasa susah hati anak anda dengan kata-kata kesat.
Kesan yang paling utama sekali adalah menambahkan system imun anak anda. Anak lebih sihat dan lebih ceria kerana sentiasa sihat dan bahagia, malah anak anda akan lebih fokus di dalam setiap benda yang di pelajari sama ada semasa di rumah atau dengan cikgu. Ibu bapa juga jimat, tak perlu tiap kali perlu ke klinik untuk merawat anak-anak, bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.
Melalui pelukan juga ianya dapat memperbaiki komunikasi di antara ibu bapa dan anak, mereka lebih rasa selesa untuk meluahkan isi hati jika anda selalu memeluk anak, tidak semestinya semasa anak anda di dalam masalah tetapi setiap masa, supaya anak-anak tahu bahawa ibu bapa mereka sentiasa bersedia mendengar masalah mereka. Di zaman yang mana ibu bapa perlu berkerja untuk menampung segala perbelanjaan amat sedikit masa yang ada untuk anak-anak maka peluklah anak anda.
Maka mari kita memeluk anak kita setiap hari, setiap masa supaya anak-anak kita lebih Berjaya tidak kira di dunia atau di akhirat.
Muhammad Safiy Azhad
Muhammad Safiy Azhaan
Anak-anak syurga Dila yang sentiasa menceriakan hati Dila dan suami. Ya Allah terima kasih atas amanah mu ini. InsyaAllah ada rezeki memang nak tambah satu lagi, Hehehehe
#umi&abi
#anak-anaksyurga
Saturday, March 26, 2016
Wednesday, March 16, 2016
PLKN Kem Princes Haliza
PLKN - Pusat Latihan Khidmat Negara
Kem PLKN Princess Haliza
Tahun : 2006 first batch
Tak ingat waktu saya join PLKN nie dah tahun ke berapa tapi sekarang hampir 10 tahun meninggalkan zaman itu. Kenangan pahit manis macam2 yang dilalui dan masa nie lah saya kenal ramai kawan dari pelbagai teman, ragam yang pelbagai namun macam mana kita berbuat baik pasti akan ada yang tak suka. Tak kisah mana kau pergi, pasti akan ada anasir negatif itu cuma pepandai la anda mengatasinya.
Gambar di atas, mereka antara yang sudi berkawan dengan saya, macam2 dilalui kami yang bila diingati boleh buat kami tergelak sendiri. Hanya saya yang tiada 'couple' di antara mereka. hahaha punya lah forever alone dulu tapi tak mengapa saya ada bff yang sehati sejiwa masa tu.
Di sana kami di latih bangun se awal 5pg, berkawad, menghadiri kelas jati diri dan kewarganegaraan, malah halangan tempuh pun kami merasai sehingga pengalaman memasuki hutan dengan uniform yang berat ya rabbi. Semua latihan kecergasan sebenarnya mampu ditempuhi oleh semua pelatih tanpa ada masalah yang besar. Bagi wanita yang 'sihat' seperti saya pasti mempunyai masalah bukan namun saya mampu habisan latihan ini sehingga 3 bulan tanpa gagal. Oh! ye lupa pula aktiviti malam selalunya kami ada ceramah atau aktiviti berkumpulan yang mengiratkan sillatulrahim.
Kami terbahagi kepada empat kumpulan, Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Saya kumpulan Alpha dan antara kumpulan yang terbaik. Masa saya mendapat surat tawaran ke PLKN saya berbelah bagi sebenarnya dan penuh dengan perasaan takut, sedih, gembira dan macam2 lah. Namun saya kuatkan hati dan nekad bila saya pergi PLKN saya pasti kurus. Namun dengan jadual makan 6 kali sehari tidak mampu menurunkan berat badan saya. Cissssss!! Mak dan Ayah menghantar saya ke tempat berkumpul di Klang masa tu, dah hilang ingatan sangat, hehehe.
Hari pertama berapa di kem terus saya mengalami masalah 'homesick', menangis sepanjang malam! Omg! first time tinggal kan rumah dengan lama kot, kawan2 dalam dorm semua pelik tengok keadaan saya masa tu, mana tak nya orang lain happy bergembira, berborak dengan kawan2 tapi aku mengalirkan airmata dengan lajunya. Hahahahaha
Benda yang paling seronok bila kami menjalankan aktiviti komuniti dengan menjadi wakil kem sebagai cikgu di tadika di kawasan Sungai pelek, merewang di majlis perkahwinan orang kampong. Aktivi memasuki hutan, berjalan kaki sejauh 5 kilometre tanpa henti dengan membawa beg yang berat dan di tinggalkan. Hanya diberi pisau untuk survive di dalam hutan namun pihak kem memberi kami bekalan makanan seperti beras, sambal ikan bilis dalam tin dan air bersih. Diberi kumpulan untuk membina kawasan kami sendiri dan menghiasi dengan menggunakan bahan2 hutan. Masa itu telephone bimbit tidak dibenarkan digunakan di kem hanya pada hari cuti atau ahad sahaja. semua telephone akan di simpan di dalam store oleh pihak kem. Saya orang susah dan tentu tiada phone masa tu. hehehe
Aktiviti rempuhan halangan yang saya lakukan di kem juga sangat menyeronokkan, bayangkan dah la badan besar pastu kene panjat dinding yang 7' inch, anda bayangkan mcm mana orang kat atas nak tarik saya dan orang bawah kene tolak saya ke atas, azabnya dan malunya jangan cerita lah tapi ini Semua kenangan yang tak dapat dilupakan. Kelas jati diri yang di adakan setiap pagi juga bagus sebab menjadikan diri anda lebih yakin dengan teman2 anda yang.
Akhir kata sesiapa yang dapat tawaran PLKN nie pergi ler, Semua untuk kebaikan anda di masa hadapan jugak.
#PLKN dekat dihati
Tuesday, March 15, 2016
Empress Bread Maker
Apa benda nie? Empress Bread Maker?
Setelah menelaah Bread Maker nie, saya mendapati benda nie pasti bakal mengasah skil membuat roti saya yang mana memang tidak mempunyai skill pon. kikikiki. Untuk makluman saya mendapat Bread Maker nie dari Annual Dinner sempena Lucky Draw no ke 8. Alhamdulilah! Berat Ya rabbi nak angkut dari hotel nak ke car park, adeh! tapi disebabkan bukanlah selalu mendapat lucky draw so I dengan gagah berani mengangkutnya. Untuk pengetahuan saya juga dapat lucky dip Ferrari Perfume Set, Perghh!! memang rezeki annual dinner mak la semalam dek non oiii.Mula-mula saya rasa nak jual je benda ni tapi setelah menggoogle cara penggunaan dan resepi yang boleh diolah dengan benda nie maka saya rasa mungkin patut simpan dan gunakan nya pada masa akan dating. Antara 'benda' yang boleh dibuat dengan seperti menguli doh mcm doh roti sosej ke, doh pizza ke, haa mcm tu ler. Senang ke idok?? untuk buat white/wheatmeal lagi la senang tros masak dalam tu terus tanpa gagal. Haa Nampak kegunaan serta kemudahan Bread Maker nie. Saya suka makan auntie anne, mungkin benda nie boleh membantu? Jeng3x!!
Okey kalau jadi saya up gambar hasil menggunakan Bread Maker nie okey,,
Assalammualaikum
#gambar sumber google
#tapi memang itu ler gambar ori
Subscribe to:
Comments (Atom)



