Wednesday, March 16, 2016
PLKN Kem Princes Haliza
PLKN - Pusat Latihan Khidmat Negara
Kem PLKN Princess Haliza
Tahun : 2006 first batch
Tak ingat waktu saya join PLKN nie dah tahun ke berapa tapi sekarang hampir 10 tahun meninggalkan zaman itu. Kenangan pahit manis macam2 yang dilalui dan masa nie lah saya kenal ramai kawan dari pelbagai teman, ragam yang pelbagai namun macam mana kita berbuat baik pasti akan ada yang tak suka. Tak kisah mana kau pergi, pasti akan ada anasir negatif itu cuma pepandai la anda mengatasinya.
Gambar di atas, mereka antara yang sudi berkawan dengan saya, macam2 dilalui kami yang bila diingati boleh buat kami tergelak sendiri. Hanya saya yang tiada 'couple' di antara mereka. hahaha punya lah forever alone dulu tapi tak mengapa saya ada bff yang sehati sejiwa masa tu.
Di sana kami di latih bangun se awal 5pg, berkawad, menghadiri kelas jati diri dan kewarganegaraan, malah halangan tempuh pun kami merasai sehingga pengalaman memasuki hutan dengan uniform yang berat ya rabbi. Semua latihan kecergasan sebenarnya mampu ditempuhi oleh semua pelatih tanpa ada masalah yang besar. Bagi wanita yang 'sihat' seperti saya pasti mempunyai masalah bukan namun saya mampu habisan latihan ini sehingga 3 bulan tanpa gagal. Oh! ye lupa pula aktiviti malam selalunya kami ada ceramah atau aktiviti berkumpulan yang mengiratkan sillatulrahim.
Kami terbahagi kepada empat kumpulan, Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Saya kumpulan Alpha dan antara kumpulan yang terbaik. Masa saya mendapat surat tawaran ke PLKN saya berbelah bagi sebenarnya dan penuh dengan perasaan takut, sedih, gembira dan macam2 lah. Namun saya kuatkan hati dan nekad bila saya pergi PLKN saya pasti kurus. Namun dengan jadual makan 6 kali sehari tidak mampu menurunkan berat badan saya. Cissssss!! Mak dan Ayah menghantar saya ke tempat berkumpul di Klang masa tu, dah hilang ingatan sangat, hehehe.
Hari pertama berapa di kem terus saya mengalami masalah 'homesick', menangis sepanjang malam! Omg! first time tinggal kan rumah dengan lama kot, kawan2 dalam dorm semua pelik tengok keadaan saya masa tu, mana tak nya orang lain happy bergembira, berborak dengan kawan2 tapi aku mengalirkan airmata dengan lajunya. Hahahahaha
Benda yang paling seronok bila kami menjalankan aktiviti komuniti dengan menjadi wakil kem sebagai cikgu di tadika di kawasan Sungai pelek, merewang di majlis perkahwinan orang kampong. Aktivi memasuki hutan, berjalan kaki sejauh 5 kilometre tanpa henti dengan membawa beg yang berat dan di tinggalkan. Hanya diberi pisau untuk survive di dalam hutan namun pihak kem memberi kami bekalan makanan seperti beras, sambal ikan bilis dalam tin dan air bersih. Diberi kumpulan untuk membina kawasan kami sendiri dan menghiasi dengan menggunakan bahan2 hutan. Masa itu telephone bimbit tidak dibenarkan digunakan di kem hanya pada hari cuti atau ahad sahaja. semua telephone akan di simpan di dalam store oleh pihak kem. Saya orang susah dan tentu tiada phone masa tu. hehehe
Aktiviti rempuhan halangan yang saya lakukan di kem juga sangat menyeronokkan, bayangkan dah la badan besar pastu kene panjat dinding yang 7' inch, anda bayangkan mcm mana orang kat atas nak tarik saya dan orang bawah kene tolak saya ke atas, azabnya dan malunya jangan cerita lah tapi ini Semua kenangan yang tak dapat dilupakan. Kelas jati diri yang di adakan setiap pagi juga bagus sebab menjadikan diri anda lebih yakin dengan teman2 anda yang.
Akhir kata sesiapa yang dapat tawaran PLKN nie pergi ler, Semua untuk kebaikan anda di masa hadapan jugak.
#PLKN dekat dihati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment