Sebagai seorang isteri mana mungkin tiada rasa ingin menjadi ibu/emak/ummi/mama/mummy pada zuriat-zuriat yang bakal lahir. Dila rasa bila kita berkahwin niat utama juga adalah untuk memiliki anak-anak yang comel untuk mewariasi segala harta serta mendoakan kita dunia lain nanti namun di abad ini ramai suami isteri yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Adakah salah kita atau ke hendak Ilahi yang memerlukan kita untuk sentiasa bersyukur dan redha serta menjadi umat yang lebih sempurna di mata Nya.Kita sebagai ahli dunia serta masyarakat yang bertamadun jangan lah kita memperlekehkan mereka yang kurang bernasib baik tetapi mendoakan yang terbiak untuk mereka. Semoga Allah lebih merahmati mereka.
Saya mempunyai anak-anak syurga yang saya panggil Azhad dan Azhaan, kadang-kadang saya panggil abang dan adik, abi nya panggil upin dan ipin, adik beradik saya memanggil gelaran kintin dan dompot. Hahahaha macam-macam gelaran diberi tapi itu tak penting, yang penting adalah bagaimana kita menjaga mereka dan mengasihi mereka sehingga mereka pula menjadi seperti kita.
Di sini saya terpanggil untuk berkongsi kesan daripada memeluk anak-anak syurga :
Sebuah pelukan adalah bentuk afeksi yang paling efektif untuk mengekspesikan rasa kasih sayang kepada anak, jauh lebih efektif jika dibandingkan dengan memberi hadiah. Sebuah pelukan yang dilakukan dengan penuh kasih sayang akan memberi rasa aman dalam hati anak anda dan mempengaruhi anak anda untuk berkasih sayang sesama makhluk yang lain. Anak- anak yang mendapat pelukan dari ibu bapanya selalunya mempunyai rasa jadi diri yang tinggi dan lebih bersemangat.
Selain itu ianya dapat menyihatkan tubuh badan anak-anak serta mendorong anak-anak lebih mendengar kata berbanding nasihat. Jangan sesekali kita memarahi anak tanpa sebab ini akan memberi kesan negatif kepada anak anda di dalam diri mereka dan boleh membawa kepada gejala sosial yang menakutkan.
Jika anak anda tidak tenteram, selalu memarahi anda serta sentiasa memberontak, peluklah anak anda serta berikan kata-kata perangsang serta beritahu kepada anak anda yang anda sentiasa ada untuk mendengar setiap masalah mereka. Jangan tengking atau menambah rasa susah hati anak anda dengan kata-kata kesat.
Kesan yang paling utama sekali adalah menambahkan system imun anak anda. Anak lebih sihat dan lebih ceria kerana sentiasa sihat dan bahagia, malah anak anda akan lebih fokus di dalam setiap benda yang di pelajari sama ada semasa di rumah atau dengan cikgu. Ibu bapa juga jimat, tak perlu tiap kali perlu ke klinik untuk merawat anak-anak, bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati.
Melalui pelukan juga ianya dapat memperbaiki komunikasi di antara ibu bapa dan anak, mereka lebih rasa selesa untuk meluahkan isi hati jika anda selalu memeluk anak, tidak semestinya semasa anak anda di dalam masalah tetapi setiap masa, supaya anak-anak tahu bahawa ibu bapa mereka sentiasa bersedia mendengar masalah mereka. Di zaman yang mana ibu bapa perlu berkerja untuk menampung segala perbelanjaan amat sedikit masa yang ada untuk anak-anak maka peluklah anak anda.
Maka mari kita memeluk anak kita setiap hari, setiap masa supaya anak-anak kita lebih Berjaya tidak kira di dunia atau di akhirat.
Muhammad Safiy Azhad
Muhammad Safiy Azhaan
Anak-anak syurga Dila yang sentiasa menceriakan hati Dila dan suami. Ya Allah terima kasih atas amanah mu ini. InsyaAllah ada rezeki memang nak tambah satu lagi, Hehehehe
#umi&abi
#anak-anaksyurga


No comments:
Post a Comment