Other Side Of Me

Friday, June 24, 2016

Berbuka Puasa Di De Palma Hotel Ampang

Tanggal Ramadhan ke 4 pada 8 June 2016 kengkawan office ajak berbuka bersama-sama sebelum kami busy dengan aktiviti office lepas seminggu berpuasa. (Tempat berkerja terpaksa di rahsiakan demi kepentingan akak) Alkisahnya tempat yang dipilih ialah di Depalma Hotel Ampang.

Kalau beli online harga dia RM70.00 per pax tapi kalau walk in naik RM5.00, so akak decide untuk online la jimat sikit memandangkan yang pergi adalah dalam 18 orang. Dah nama pon hotel mestilah kita jangkakan makannya sedap dan banyak sebab ala buffet kan.

Alkisahnya akak terpaksa datang lambat sikit sebab akak ada kerja, jadi selepas waktu berbuka baru akak sampai. Masa itu ramai dah siap2 ambil makan sementara menunggu waktu berbuka, so bila akak sampai memang orang dah makan, akak pon terus letak beg di meja yang telah direservedkan dan terus memusing tempat makanan. Ya Allah memang syurga makanan betul!!

Mula-mula akak jejalan kawasan nasi dan lauk pauk, ada nasi beriyani dengan ayam masak merah, daging kuzi, acar buah, nasi putih, lauk sambal udang, ayam berempah, sayur campur, pelbagai kerabu sayur, pelbagai ikan masin dan pelbagai sambal yang disediakan. Nampak tak???

Okey lepas tu akak tengok ada macam-macam kuih muih, bubur, serta buah buahan. Di bahagian luar pula disediakan stesen makanan yang mana pelbagai makanan disediakan macam roti canai, rojak pasembor, goring-goring, yong tau fu dan ada satu sudut tempat makanan berkuah seperti laksa, mee sup, laksa Johor, laksa penang dan mee bandung. Ada juga lemang, rending, ketupat dan serunding serta ada staff yang memasak goring pisang, keledek dan ubi. MasyaAllah macam-macam ada sampai mak tak tahu nak pilih la.

Akak terus ambik nasi putih dengan ayam masak merah serta kerabu paku pakis, yang akak sedih akak nak ambik sambal udang tapi dah habis, lepas akak duduk akak tengok adik depan akak baru lepas ambik udang tu, rupanya lepas akak pergi baru staff topup. Bila akak pergi balik tengok dah habis lagi, malang betul. Lepas tu akak makan yong tau fu, memang maveless bak hanggggg, akak ambik banyak juga, lepas tu nak cuba laksa penang dan lemang serta rendang. Bila cuba laksa tu ya Allah tak sedapnya, rasa cili je lebih, pedas sungguh, dah akak tak makan, lepas tu lemang dia keras tapi rendang dan serunding sedap.

Oh lupa nak bagitahu, air yang disediakan sangat lah banyak serta sedap sangat, mungkin bukan rezki akak pada hari tu apa yang akak makan tak sedap padahal banyak lagi makanan lain kan yang sedap yang tak sempat akak nak rasa disebabkan kekangan masa.

Kesimpulannya, akak bagi 8/10 untuk buffet De Palma Hotel Ampang!

Tuesday, June 7, 2016

Susu Ibu Vs Susu Formula

Zaman moden kini ramai ibu-ibu yang lebih selesa menggunakan susu formula berbanding susu ibu yang lebih berkhasiat. Pelbagai susu formula yang dijual di pasaran malah yang terbaru ada yang sanggup melabur membeli susu kambing khas untuk anak-anak tersayang memandangkan khasiat serta sunnah meminum susu kambing berbanding susu lembu.

Jika masih ada yang ingat pernah viral satu kisah di mana ada penceramah yang menyatakan jika anak-anak meminum susu lembu maka DNA lembu tersebut akan mempengaruhi anak kita. Allahuakbar sampai begitu golongan yang ingin mempertahankan khasiat susu ibu mengeluarkan kata-kata.

Tapi Ibu-ibu perlu diingatkan bahawa khasiat susu ibu ini memang ternyata benar malah siap ditulis di dalam Al-quran bahawa ibu-ibu perlu menyusukan anak-anak sehingga berumur 2 tahun. Selain berkhasiat ianya juga percuma, hadiah Allah untuk ibu-ibu yang melahirkan anak, mudah disediakan hanya selak dan sedia diminum,, hehehehe

Dengan menyusu secara lahiriah hubungan di antara ibu dan anak juga sangat rapat hingga ada yang langsung tidak boleh berenggang. Pengsannnnnnnnn!!!!

Jangan lupa pahala ibu yang menyusukan anak sangatlah besarrrrrr.. malah disebabkan ibu yang menyusukan anak maka Allah s.w.t mengatakan syurga anak-anak dibawah telapak kaki ibu.. Nampak tak bertuahnya wanita yang bergelar ibu, jadi mengapa menafikan hak anak yang memerlukan susu ibu???

"Puan, puan ingat saya ni sesukati ke nak bagi susu formula pada anak? Puan ada fikir perasaan kami yang tak mampu nak menyusukan anak akibat masalah kami sendiri?."

Ini antara luahan hati ibu yang tak mampu menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun dan saya salah seorang yang tak mampu menyusukan anak-anak saya sehingga 2 tahun. Sangat jeles hokeyyyyy. Padahal saya ada semua peralatan untuk menyusukan anak menggunakan botol tapi Allah s.w.t mungkin ingin menguji saya dengan cara yang lebih baik.

Surah Al-Baqarah
Ayat 233

" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka sehingga dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan jangan juga menjadikan seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan yang telah dicapai oleh mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukan). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."

Jika anda adalah pro susu ibu maka jangan lah dikecam mereka yang tidak mampu lakukan, Allah dah bagi bahagian masing-masing, bersyukurlah cuma bagi anda yang bakal menimang cahaya mata belajar dan berguru lah dengan mereka yang pro susu ibu ini kerana mereka lebih tahu bagaimana ingin memastikan susu ibu kekal cukup untuk anak mereka sehinggap genap dua tahun.

Tapi kenapa ea zaman sekarang berlakunya masalah tiada susu ibu? masa zaman mak-mak kita jarang masalah ini berlaku malah iklan susu formula juga boleh dikira dengan jari serta pengetahuan mengenai kebaikannya juga sangat sikit yang tahu. Hurmmmmm

Friday, June 3, 2016

Dexandra Inspired Perfume!!!

Assalammualaikum <3

Jenama Dexandra Inspired Perfume sekarang menjadi perbualan hangat,, nak pula sekarang Nabil dan Zira (Isteri Nabil) dah jadi Duta Dexandra lagi lah permintaan bertambah-tambah. Best ke Perfume nie?

Dila pernah cuba bauan Signorina by Salvatore Ferragamo yang mana bau dia maha wangi gilaaaaa.. Lepas tu tahan lama dan Halal,, Boleh bawa solat tau so tak payah rasa was-was nak pakai Dexandra.


Dila juga beli Dexandra for Him untuk suami. Almaklum la kita suka suami wangi-wangi kannnn,, so Dila cuba bauan dari Allure Homme Sport by Chanel. Kalau beli yang original bukan murah tau tapi dengan Dexandra bauan hamper seperti yang original... Haa memang tak rugiiiii

Kenapa Dila beriya promote Dexandra ni? Mesti lah sebab Dila dah cuba dan Dila antara yang menjual Dexandra..

Mahal tak???? Mesti lah harga sesuai dengan kualiti dan sangat mampu....

Beli 1 - RM65.00
Beli 2 - RM120.00

So Dila sarankan baik beli dua(2) untuk suami isteri senangggggg...

PM Dila 0126201628 untuk pertanyaan.