Zaman moden kini ramai ibu-ibu yang lebih selesa menggunakan susu formula berbanding susu ibu yang lebih berkhasiat. Pelbagai susu formula yang dijual di pasaran malah yang terbaru ada yang sanggup melabur membeli susu kambing khas untuk anak-anak tersayang memandangkan khasiat serta sunnah meminum susu kambing berbanding susu lembu.
Jika masih ada yang ingat pernah viral satu kisah di mana ada penceramah yang menyatakan jika anak-anak meminum susu lembu maka DNA lembu tersebut akan mempengaruhi anak kita. Allahuakbar sampai begitu golongan yang ingin mempertahankan khasiat susu ibu mengeluarkan kata-kata.
Tapi Ibu-ibu perlu diingatkan bahawa khasiat susu ibu ini memang ternyata benar malah siap ditulis di dalam Al-quran bahawa ibu-ibu perlu menyusukan anak-anak sehingga berumur 2 tahun. Selain berkhasiat ianya juga percuma, hadiah Allah untuk ibu-ibu yang melahirkan anak, mudah disediakan hanya selak dan sedia diminum,, hehehehe
Dengan menyusu secara lahiriah hubungan di antara ibu dan anak juga sangat rapat hingga ada yang langsung tidak boleh berenggang. Pengsannnnnnnnn!!!!
Jangan lupa pahala ibu yang menyusukan anak sangatlah besarrrrrr.. malah disebabkan ibu yang menyusukan anak maka Allah s.w.t mengatakan syurga anak-anak dibawah telapak kaki ibu.. Nampak tak bertuahnya wanita yang bergelar ibu, jadi mengapa menafikan hak anak yang memerlukan susu ibu???
"Puan, puan ingat saya ni sesukati ke nak bagi susu formula pada anak? Puan ada fikir perasaan kami yang tak mampu nak menyusukan anak akibat masalah kami sendiri?."
Ini antara luahan hati ibu yang tak mampu menyusukan anak sehingga berumur 2 tahun dan saya salah seorang yang tak mampu menyusukan anak-anak saya sehingga 2 tahun. Sangat jeles hokeyyyyy. Padahal saya ada semua peralatan untuk menyusukan anak menggunakan botol tapi Allah s.w.t mungkin ingin menguji saya dengan cara yang lebih baik.
Surah Al-Baqarah
Ayat 233
" Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka sehingga dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan jangan juga menjadikan seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan yang telah dicapai oleh mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukan). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."
Jika anda adalah pro susu ibu maka jangan lah dikecam mereka yang tidak mampu lakukan, Allah dah bagi bahagian masing-masing, bersyukurlah cuma bagi anda yang bakal menimang cahaya mata belajar dan berguru lah dengan mereka yang pro susu ibu ini kerana mereka lebih tahu bagaimana ingin memastikan susu ibu kekal cukup untuk anak mereka sehinggap genap dua tahun.
Tapi kenapa ea zaman sekarang berlakunya masalah tiada susu ibu? masa zaman mak-mak kita jarang masalah ini berlaku malah iklan susu formula juga boleh dikira dengan jari serta pengetahuan mengenai kebaikannya juga sangat sikit yang tahu. Hurmmmmm
No comments:
Post a Comment