Tanggal Ramadhan ke 4 pada 8 June 2016 kengkawan office ajak berbuka bersama-sama sebelum kami busy dengan aktiviti office lepas seminggu berpuasa. (Tempat berkerja terpaksa di rahsiakan demi kepentingan akak) Alkisahnya tempat yang dipilih ialah di Depalma Hotel Ampang.
Kalau beli online harga dia RM70.00 per pax tapi kalau walk in naik RM5.00, so akak decide untuk online la jimat sikit memandangkan yang pergi adalah dalam 18 orang. Dah nama pon hotel mestilah kita jangkakan makannya sedap dan banyak sebab ala buffet kan.
Alkisahnya akak terpaksa datang lambat sikit sebab akak ada kerja, jadi selepas waktu berbuka baru akak sampai. Masa itu ramai dah siap2 ambil makan sementara menunggu waktu berbuka, so bila akak sampai memang orang dah makan, akak pon terus letak beg di meja yang telah direservedkan dan terus memusing tempat makanan. Ya Allah memang syurga makanan betul!!
Mula-mula akak jejalan kawasan nasi dan lauk pauk, ada nasi beriyani dengan ayam masak merah, daging kuzi, acar buah, nasi putih, lauk sambal udang, ayam berempah, sayur campur, pelbagai kerabu sayur, pelbagai ikan masin dan pelbagai sambal yang disediakan. Nampak tak???
Okey lepas tu akak tengok ada macam-macam kuih muih, bubur, serta buah buahan. Di bahagian luar pula disediakan stesen makanan yang mana pelbagai makanan disediakan macam roti canai, rojak pasembor, goring-goring, yong tau fu dan ada satu sudut tempat makanan berkuah seperti laksa, mee sup, laksa Johor, laksa penang dan mee bandung. Ada juga lemang, rending, ketupat dan serunding serta ada staff yang memasak goring pisang, keledek dan ubi. MasyaAllah macam-macam ada sampai mak tak tahu nak pilih la.
Akak terus ambik nasi putih dengan ayam masak merah serta kerabu paku pakis, yang akak sedih akak nak ambik sambal udang tapi dah habis, lepas akak duduk akak tengok adik depan akak baru lepas ambik udang tu, rupanya lepas akak pergi baru staff topup. Bila akak pergi balik tengok dah habis lagi, malang betul. Lepas tu akak makan yong tau fu, memang maveless bak hanggggg, akak ambik banyak juga, lepas tu nak cuba laksa penang dan lemang serta rendang. Bila cuba laksa tu ya Allah tak sedapnya, rasa cili je lebih, pedas sungguh, dah akak tak makan, lepas tu lemang dia keras tapi rendang dan serunding sedap.
Oh lupa nak bagitahu, air yang disediakan sangat lah banyak serta sedap sangat, mungkin bukan rezki akak pada hari tu apa yang akak makan tak sedap padahal banyak lagi makanan lain kan yang sedap yang tak sempat akak nak rasa disebabkan kekangan masa.
Kesimpulannya, akak bagi 8/10 untuk buffet De Palma Hotel Ampang!
No comments:
Post a Comment